agak lama aku tak tinggalkan jejak di umah aku ni...bukan apa....kebelakangan ni agak busy..masa betul-betul tak mengizinkan aku untuk menjengah umah aku ni...insya-allah kalau ada kelapangan aku akan kemas umah aku ni...

adhan @ 09:55 am
bicaraperindu
wahai hati...
usahlah menangis lagi...
tabahlah wahai hati...
ku sedar..
kau seumpama kaca yang hancur berderai...
disebabkan sebuah kekecewaan...
apakah mungkin akan pulih menjadi sekeping hati yang satu?
siapakah yang harus dipersalahkan?
tatkala sebuah hubungan yang suci yang terbina, musnah...
semuanya terjadi disebabkan seorang insan yang tidak tahu menghargai...
hanya pandai berkata-kata manis...
namun hakikatnya pahit bak hempedu...
dia..insan yang bernama lelaki...
datang memberi harapan setinggi langit...
memberi cinta dan kasih sayang...
namun akhirnya..tanpa disangka...
pergi meninggalkan parut...
(nukilan hati seorang teman tetapi aku dah edit sikit..TQ to siti hajar)

adhan @ 02:20 am
bicaraperindu
tatkala perindu merindu...
tika dan saat ini, aku betul-betul sedang rindu pada kenangan lalu...rindu pada 'dia' yang pernah bertakhta di hati aku dan mungkin akan selamanya bertakhta di hati aku...kekasih..izinkan aku untuk terus merindui dirimu dan maafkan aku kerana tika dan saat ini aku tak dapat melupakanmu...mungkin 8 tahun lagi pun belum tentu aku dapat melupakanmu kerana aku belum dapat menghilangkan rasa cinta, kasih, sayang yang telah kau semai ke dalam jiwaku satu ketika dulu...biarpun pada mu semua itu telah pudar dan hilang tetapi padaku, ia tetap mekar...maafkan aku kerana tidak dapat melupakanmu...biarlah apa yang orang lain kata kerana aku yang menanggung semuanya....
"kasih yang kukirimkan
hanyalah untuk dia..."
(dipetik dari blog
Surat Ungu Untuk Nuha)

adhan @ 08:31 am
bicaraperindu
berdirinya seorang perindu - ibnor reza
Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji
Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia
Berdiri aku di sini bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan
Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu

adhan @ 04:43 am
bicaraperindu
entah kenapa tiba-tiba aku rindu pada 'dia'..kenapa ye? mungkin sebab petang tadi aku terjumpa seorang teman lama yang bertanyakan hubungan aku dan 'dia'..teman ku ini tak tahu kisah terkini antara aku dan 'dia'...dengan berat mulut dan juga berat hati, aku rungkaikan semula kisah sedih yang cuba kusimpan sedalam mungkin..jauh disudut hati..ternyata teman ku ini terkejut..kenapa? katanya "aku tak sangka korang jadi macam ni..aku tengok korang tak ada masalah selama ni...kenapa jadi macam ni *****?" apa yang aku jawab? "mungkin dah tersurat,apa nak buat.." dan dalam perjalanan pulang, aku tiba-tiba teringat pada 'dia' sekali gus rasa rindu pada 'dia'..mungkin pembaca blog ni, yang tau tentang kisah aku akan berkata "buat apa rindu pada dia, buat apa ingat pada dia"..katalah apa pun sebab yang merasainya aku bukan kalian...yang pasti aku sedang merinduinya..sekadar rindu....
KASIH
malam ini kasih teringat aku padamu
seakan kau hadir di sisi menemani ku
ku yakin kan diri agar tiada sepi
ku lewat kau hadir dalam mimpiku
seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
detik ini juga ku akan melayang ke sana
kan ku bawa pulang
dirimu yang selalu ku sayang
bersama berdua kita bahagia
kasih dengarlah hatiku berkata
aku cinta kepada dirimu sayang
kasih percayalah kepada diriku
hidup matiku hanya untukmu
aku suka lagu ni..tapi aku tak ingat la penyanyi asal yang aku tau sekarang ni dayang ada nyanyi lagu ni...

adhan @ 04:27 am
bicaraperindu